Kenapa Kad Pokemon Kembali Popular?
Nostalgia ialah salah satu sebab utamanya mengapa kad Pokemon kembali terkenal di Malaysia. Generasi yang membesar dengan permainan dan anime dan game Pokemon kini sudah mempunyai pendapatan sendiri dan mereka kini berupaya untuk membeli kad yang dahulu hanya mampu ditenung di kedai.
Tahun ini Pokemon juga menyambut ulang tahun ke-30, dan set khas 30th Celebration turut diperkenalkan. Ilustrasi kad Pokemon yang semakin artistik dan ruang komuniti yang aktif pula memberi sebab untuk mereka yang ingin mula sertai atau kekal dalam hobi ini.
Pilih Cara Main Anda: Koleksi, Bermain atau Pelaburan
Ingin berjinak ke dunia hobi kad Pokemon? Tentukan dahulu apa yang anda mahu daripada hobi ini, kerana jawapannya menentukan apa langkah seterusnya. Anda boleh menukar haluan anda pada bila-bila masa, tetapi mengetahui langkah bermula terlebih dahulu adalah lebih menjimatkan masa dan wang anda.
Ada 3 sebab utama dalam dunia kad Pokemon sekarang, antaranya ialah:
1. Kad Pokemon Sebagai Koleksi
Pengumpul kad Pokemon biasanya mengejar Pokemon kegemaran, set tertentu atau kad dengan ilustrasi yang menarik. Tiada peraturan untuk memulakan koleksi, kumpul mengikut minat anda. Jika anda berminat untuk mengumpul kad bertemakan Api, Air, Tanah, Angin atau hanya kad yang mempunyai Pokemon kegemeran anda, anda boleh fokus untuk mencari atau trade kad tersebut.
2. Bermain Pokemon TCG
Pemain membina dek 60 kad dan bertarung dengan pemain lain. Kemenangan datang apabila anda mengambil enam Prize card, menumpaskan semua Pokemon lawan atau lawan kehabisan kad untuk ditarik.
Pemula yang mahu bermain lebih mudah bermula dengan dek siap main, kerana kad dalam sesebuah dek perlu saling menyokong.
3. Kad Pokemon Sebagai Pelaburan
Harga kad naik dan turun mengikut permintaan, dan kebanyakan kad dalam sesebuah pek tidak bernilai tinggi. Anggaplah kad sebagai hobi dahulu. Jika nilainya naik kemudian, itu bonus.
Namun, ada juga kad Pokemon yang nilainya berharga ribuan ringgit dan semakin banyak permintaan, semakin mahal nilainya. Kad Pokemon boleh dijadikan sebuah pelaburan jika anda memegang sejenis kad yang benilai tinggi dan menyimpannya sehingga sampai waktu untuk anda menjual kepada pembeli yang tepat.

Cara Membaca Kad Pokemon dan Memahami Rarity
Setiap kad memaparkan nama, HP, jenis dan serangan, manakala simbol rarity di bahagian bawah kad menunjukkan seberapa jarang kad itu. Dua perkara ini cukup untuk anda memahami kebanyakan kad yang dibuka.
Pokemon, Trainer dan Energy
Kad Pokemon ialah makhluk yang bertarung. Kad Trainer ialah kad sokongan seperti Item dan Supporter, manakala kad Energy membayar kos serangan Pokemon anda.
Simbol Rarity
Bulatan bermaksud Common, berlian bermaksud Uncommon dan bintang bermaksud Rare. Di atas itu ada versi holo dan kad ilustrasi penuh seperti Illustration Rare dan Special Illustration Rare yang lebih sukar didapati.
Rarity hanya menunjukkan kekerapan sesuatu kad muncul, dan kekuatannya dalam permainan ialah perkara lain. Kad Common sering menjadi tulang belakang sesebuah dek.
Produk Pokemon TCG untuk Pemula
Elite Trainer Box dan dek siap main ialah titik permulaan yang paling praktikal, manakala booster pack sesuai untuk mencuba. Setiap produk menjawab keperluan yang berbeza.
Booster Pack
Booster pack ialah pek asas, dan sebuah pek biasanya mengandungi 10 kad. Setiap pek dijamin ada sekurang-kurangnya satu kad Rare, secara amnya tiga kad Uncommon dan selebihnya Common.
Elite Trainer Box
Elite Trainer Box seperti Pokemon ETB 30th Anniversary biasanya mengandungi sembilan booster pack, 65 sleeve, kad Energy, dadu penanda kerosakan, dadu lambung syiling, panduan pemain dan kotak untuk menyimpan semuanya. Ada set yang menambah kad promo, dan ada yang menyertakan kod untuk Pokemon TCG Live.
Kandungan berbeza mengikut set, jadi semak senarai pada kotak sebelum membeli.
Deck Siap Main
Deck siap main sudah mengandungi 60 kad yang disusun untuk bertarung, jadi anda boleh belajar bermain tanpa membina dek dari kosong. Produk ini sesuai untuk pemula yang mahu terus bermain dengan kawan.
Booster Box
Booster box mengandungi banyak pek sekaligus. Ia lebih sesuai selepas anda yakin dengan haluan hobi anda dan sudah tahu set mana yang anda suka.
Berapa Bajet yang Diperlukan untuk Mula?
Satu produk pertama sudah memadai untuk bermula, dan jumlah sebenarnya bergantung pada set, kedai dan masa anda membeli. Harga kad dan produk sealed boleh berubah dengan cepat, jadi semak harga semasa di beberapa tempat sebelum membayar.
Satu cara mudah ialah menetapkan had bulanan, contohnya RM100, dan menganggapnya sebagai belanja hiburan. Dengan cara itu, anda tidak tergoda mengejar pek seterusnya apabila kad yang diingini tidak muncul.
Aksesori Asas untuk Melindungi Kad Pokemon
1. Sleeve ialah aksesori pertama yang patut dibeli, kerana ia melindungi permukaan kad daripada calar dan kotoran. Elite Trainer Box sudah menyertakan 65 sleeve, jadi anda boleh mula dengan itu.
2. Binder sesuai untuk menyimpan koleksi dan menunjukkannya koleksi kad-kad pokemon yang sudah terkumpur seperti Master Set.
3. Toploader melindungi kad yang lebih bernilai, manakala
4. Deck box menyimpan dek anda dengan kemas dan selamat dibawa ke acara.
Tempat Membeli Kad Pokemon di Malaysia
Anda boleh membeli kad Pokemon di kedai hobi fizikal, pasar dalam talian dan platform khusus TCG. Setiap pilihan ada kelebihan sendiri.
1. Kedai Fizikal
Di kedai, anda boleh melihat produk dengan mata sendiri dan bertanya terus kepada kakitangan. Sesetengah kedai turut menganjurkan sesi main atau liga, jadi satu lawatan boleh membawa anda kepada kenalan baharu.
2. Dalam Talian
Shopee dan kumpulan jual beli di Facebook menawarkan banyak pilihan, termasuk kad tunggal yang sukar dijumpai di kedai. Semak ulasan penjual, minta gambar sebenar dan pilih produk yang masih bersegel.
3. Platform TCG
Anda boleh membuka dan membeli kad Pokemon secara online. Luka ialah antara platform TCG di Malaysia yang anda boleh membeli dan membuka pek Pokemon secara dalam talian. Anda juga boleh mengumpul ganjaran, menyertai raffle, menyelesaikan quest dan mendaki papan pendahulu.
Pilihan ini sesuai jika anda mahu merasai debaran membuka pek tanpa perlu ke kedai.
Cara Menjaga Kad Pokemon Supaya Kekal Cantik
Masukkan kad ke dalam sleeve secepat mungkin dan simpan di tempat yang kering. Cuaca lembap di Malaysia boleh melengkungkan kad, jadi sebungkus silika gel dalam kotak simpanan membantu.
Elakkan cahaya matahari langsung kerana warna kad boleh pudar. Pegang kad di bahagian tepi dan jangan ikat dengan gelang getah, kerana tekanannya meninggalkan kesan.
Kesilapan Biasa Pemula Hobi Kad Pokemon
4 kesilapan ini mudah dielakkan dengan sedikit persediaan.
Membeli Terlalu Banyak Sekaligus
Kegembiraan membuka pek pertama membuatkan ramai pemula terus membeli lebih banyak. Mulakan dengan satu produk, nilai sama ada anda seronok, kemudian baru tambah.
Mengejar Kad Mahal Tanpa Menyemak Harga
Kad yang sedang viral tidak semestinya berbaloi pada harga yang diminta. Bandingkan harga di beberapa penjual dan tapak harga seperti TCGplayer atau PriceCharting sebelum membeli.
Terlupa Memakai Sleeve
Kad yang dibiarkan tanpa sleeve cepat berkedut di tepi dan tercalar. Kerosakan kecil pun boleh menurunkan nilai kad, jadi biasakan memakai sleeve dari awal.
Tertipu dengan Kad Palsu
Harga yang terlalu murah, gambar yang kabur dan penjual tanpa ulasan ialah tanda amaran. Bandingkan kad dengan kad yang anda pasti asli, dan perhatikan kualiti cetakan, warna belakang kad dan tekstur permukaan.
Cara Menyertai Komuniti dan Acara Pokemon TCG
Cara paling cepat ialah menyertai kumpulan komuniti dan hadir ke sesi main di kedai berhampiran. Kumpulan di Facebook, Discord dan WhatsApp ialah tempat anda boleh bertanya, bertukar kad dan mengetahui acara terdekat.
Komuniti WhatsApp Luka juga terbuka kepada pemain dan pengumpul yang mahu berkongsi tip dan pengalaman. Jika anda mahu bermain, mulakan dengan liga santai sebelum menyertai turnamen, kerana suasananya lebih santai dan sesuai untuk belajar.
Langkah Seterusnya Selepas Menguasai Asas
Selepas selesa dengan asas, anda boleh membina dek sendiri, menyertai turnamen atau mengejar set yang lengkap.
Grading oleh PSA, BGS atau CGC menilai keadaan kad dan menyimpannya dalam casing khas. Perkhidmatan ini berbaloi untuk kad bernilai tinggi atau kad yang sangat bermakna kepada anda, dan tidak diperlukan untuk kebanyakan kad dalam koleksi.
Soalan Lazim Untuk Pengumpul Kad Pokemon Yang Batu
Berapa modal untuk mula main kad Pokemon?
Satu dek siap main atau satu Elite Trainer Box sudah cukup untuk bermula. Harga berbeza mengikut set dan kedai, jadi semak harga semasa dan tetapkan had yang anda selesa.
Adakah kad Pokemon sesuai untuk kanak-kanak?
Kebanyakan produk dilabel untuk umur 6 tahun ke atas, tetapi semak label pada kotak. Sesetengah produk mengandungi dadu dan penanda kecil, jadi kanak-kanak yang lebih muda perlu diawasi. Sangat digalakkan untuk kanak-kanak bermain kad Pokemon sebagai hobi baru di usia kanak-kanak.
Kad Pokemon Bahasa Jepun atau Inggeris, Mana Lebih Baik?
Kad Inggeris lebih mudah difahami dan lebih sesuai jika anda mahu bermain dengan komuniti tempatan. Kad Jepun juga ada peminatnya, dan sebuah pek Jepun biasanya mengandungi 5 kad berbanding 10 dalam pek Inggeris. Semak dengan penganjur acara sebelum membawa kad Jepun untuk bermain.
Macam mana nak tahu kad Pokemon asli atau palsu?
Bandingkan dengan kad yang anda pasti asli, terutama kualiti cetakan, warna belakang kad dan tekstur. Beli daripada penjual yang dipercayai dan berhati-hati dengan harga yang tidak masuk akal.
Mulakan Hobi Kad Pokemon Sekarang Dengan Luka!
Pilih satu haluan sama ada koleksi, bermain atau pelaburan, beli satu produk yang sesuai dan masukkan kad ke dalam sleeve. Itu sudah cukup untuk memulakan hobi kad Pokemon dengan selesa, dan anda boleh menambah apabila sudah tahu apa yang anda suka.
Kalau anda mahu merasai debaran membuka pek tanpa perlu ke kedai, cuba platform Pokemon TCG online. Daripada situ, anda boleh terus menyertai komuniti pemain dan pengumpul yang sama-sama belajar.